Sunday 7 October 2012

Diari 9

0


Saya telah menonton video klip daripada Aizat Amdan yang menyanyikan lagu yang bertajuk Jerrypah. Leka saya menonton, saya mendapati terdapat penggunaan pencampuran kod dalam lirik lagu tersebut. Pencampuran kod merupakan pencampuran bahasa kedua dalam struktur bahasa utama, iaitu bahasa Melayu. Pencampuran penggunaan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa rosak. Impak penggunaan pencampuran kod akan mempengaruhi masyarakat yang mendengar dan menonton klip video tersebut. Oleh itu, pencampuran kod atau bahasa rojak ini seharusnya tidak digunakan oleh masyarakat sekarang.