Sunday 14 October 2012

Diari 10 : Sambutan Hari Jadi


Pada hari ini, saya dan rakan-rakan serumah telah berbincang untuk mengadakan majlis hari jadi kepada salah seorang rakan kami, iaitu Suhaila. Hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke-21. Oleh itu, kami berpakat untuk membuat kejutan kepadanya dengan mengadakan majlis hari jadi ini. Saya telah membeli sebiji kek dan salah seorang rakan saya telah memasak tomyam.

           Rakan yang ingin kami membuat kejutan tersebut pergi ke kelas malam dan pulang sekitar jam 10.00 malam. Oleh itu, kami menggunakan waktu yang ada untuk menyiapkan persiapan seperti kad ucapan dan makanan. Setelah tibanya Suhaila di rumah, kami memasang lagu Selamat Ulang Tahun Sayang yang dinyayikan ole Imran Ajmain. Suhaila sangat terkejut kerana dia tidak menyangka kami akan melakukan kejutan tersebut  kepadanya. Saya dan rakan sebilik telah menghadiahkan Suhaila sebuah beg tangan berwarna merah jambu. Kami makan bersama-sama dan saya dapat melihat Suhaila sangat seronok kerana kami mengadakan majlis kepadanya.

        Suhaila mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami dan memberitahu bahawa dia sangat terharu dan “sekok sebok” di atas ingatan kami kepada hari ulang tahun kelahirannya. Saya tertarik dengan perkataan “sekok sebok” kerana sebelum ini belum pernah lagi mendengar perkataan tersebut. Saya menanyakan maksud perkataan “sekok sebok” itu dan Suhaila menjawab perkataan itu bermaksud perasaan sebak atau terharu sangat. Hari ini merupakan kali pertama saya mendengar perkataan tersebut yang merupakan salah satu perkataan daripada dialek masyarakat Kelantan.  

No comments:

Post a Comment