Assalamualaikum
dan selamat malam kepada semua rakan...
Hari
ini merupakan hari yang sangat letih bagi saya tetapi saya bersyukur kerana
saya mendapat banyak maklumat atau info mengenai pengajaran dan pembelajaran
dalam bahasa Melayu. Saya dan
rakan-rakan yang mengambil kursus bahasa Melayu telah mengikuti Persidangan
Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu. Persidangan tersebut diadakan selama
dua hari di Dewan SITC. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk
menyemarakkan pendidikan bahasa Melayu dan sebagai sambutan pelancaran bulan
bahasa Melayu peringkat negeri Perak 2012.
Sebelum mendaftarkan diri, saya dan rakan-rakan terlebih dahulu pergi ke gerai untuk membeli kuih-muih sebagai sarapan kepada kami. Setelah itu, barulah kami berjalan ke Dewan SITC dan mendaftar diri dalam persidangan tersebut. Saya menjemput rakan saya untuk makan kuih yang saya beli setelah pembentang pertama habis membentang dan diberi masa 20 minit untuk kudapan. Saya mempelawa rakan saya untuk makan kuih “cokodok”, tetapi mereka tidak faham dengan perkataan “cokodok” tersebut menanyakan apa yang saya maksudkan itu. Barulah saya sedar saya sedang bercakap dengan rakan yang bukan satu negeri dengan saya. Saya terus tunjukkan “cokodok “ yang saya maksudkan itu, dengan serentak mereka cakap jemput pisang. "Cokodok merupakan singkatan kepada cucur kodok. Saya pun ketawa dengan kekhilafan saya yang bercakap menggunakan dialek negeri saya, iaitu Kedah. Rakan saya yang berasal dari Sabah juga memberitahu kepada kami bahawa masyarakat di sana memanggil kuih itu sebagai “kontok-kontok”, manakala rakan sebilik saya dari Terengganu memanggil kuih itu sebagai jemput pisang. Kepelbagaian rakan yang berasal dari negeri masing-masing telah menyebabkan kita memperoleh banyak bahasa atau dialek pertuturan yang digunakan.
No comments:
Post a Comment