Monday, 15 October 2012

Diari 13 : Sampah






Pada malam ini, saya telah menonton klip video dari Mat Luthfi yang bertajuk nama pun sampah. Saya telah memilih untuk menonton klip videonya kerana penggunaan bahasa pertuturannya adalah menggunakan dialek Kedah, iaitu sama dengan saya. Sambil saya menonton klip video ini, saya dapat melihat beberapa penggunaan pencampuran kod. Pencampuran kod ialah bahasa kedua yang digunakan juga dalam struktur bahasa pertama. Contoh pencampuran kod yang digunakan dalam klip video ini ialah "cleaner" yang bermaksud tukang cuci.  

           Selain itu, saya juga dapat mengesan penggunaan kata ganti nama "hang" yang digunakan dalam klip video ini. Kata ganti nama ini adalah dalam dialek pertuturan utara.  " Hang" adalah merujuk kepada kamu, iaitu kata ganti nama diri kedua. Di samping itu, penggunaan kata ganti nama "depa" juga terdapat dalam klip video ini. "Depa" adalah kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada mereka. Kedua-dua kata ganti nama ini adalah  kata ganti nama yang digunakan dalam dialek utara. 

No comments:

Post a Comment