Saya
dan rakan menaiki bus untuk pulang dari Kampus Sultan Azlan Syah ke kolej setelah tamat kelas pada pukul 5.00 petang. Semasa dalam bus, rakan saya yang
berasal dari Sabah mendapat penggilan telefon dari ibunya. Saya yang berada di
sebelahnya mendengar perbualan di antara mereka dan saya kehairanan apabila
rakan saya tadi membahasakan dirinya sebagai “aku”.
Setelah tamat perbualan mereka, saya
terus menanyakan hal tersebut kepadanya. Dia menjelaskan bahawa kata panggilan
“aku” memang digunakan oleh mereka di Sabah untuk membahasakan diri mereka.
Saya terperanjat dengan penjelasannya itu. Hal ini demikian kerana bagi saya
kata panggilan “aku” itu sangat kasar dan tidak bersopan jika dituturkan kepada
orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa. Dia memberitahu lagi panggilan itu
merupakan normal bagi mereka kerana sejak kecil mereka diajar begitu dan
merupakan adat dari turun-temurun lagi.
Saya menjelaskan kefahaman saya kepadanya. Saya memberitahu bahawa kata
panggilan “aku” merupakan kata ganti nama diri pertama, iaitu diri kita
sendiri. Oleh itu, jika kita bertutur atau berkomunikasi dengan rakan dengan
membahasakan “aku” itu dianggap normal dengan peringkat remaja sekarang, tetapi
bagi bercakap dengan orang yang lebih tua, itu dianggap sebagai kurang ajar
atau tidak bersopan. Kini, barulah saya faham dengan panggilan “aku” di Sabah
yang saya anggap kasar tadi. Panggilan itu adalah perkara noramal bagi mereka.
No comments:
Post a Comment