Saya dapat melihat penggunaan bahasa badan ini ketika pensyarah memberitahu kepada mahasiswa-mahasiswi bahawa kelasnya akan dibatalkan. Mereka akan senyum dan menyoal kepada penyarah kenapa kelas dibatalkan seolah-olah tidak suka akan tindakan pensyarah tersebut untuk membatalkan kelas. Selain itu, tindakan mereka juga dapat melihat dengan gaya tubuh badan setelah mendapat tahu kelas akan dibatalkan. Mereka akan berasa gembira tetapi berpura-pura seolah-olah tidak suka. Bahasa badan yang digunakan oleh para pelajar ini merupakan bahasa badan yang tidak serentak dengan percakapan mereka.
No comments:
Post a Comment