Sue : Bolok mu nie.
Lina : Kenapa? Bolok itu apa?
Sue : Mu nak pergi majlis bersama dekan, tapi mu pakai mcm ini.
Bolok itu selekeh atau tidak sesuai.
Bolok itu selekeh atau tidak sesuai.
Lina : Jadi, aku kena tukar pakaian k?
Sue : Kau kena pakai pakaian yang lebih formal.
Lina : Aku pakai baju kurung, boleh x?
Sue : Boleh. Baju kurung barulah sesuai dengan kau untuk berjumpa
dengan dekan.
dengan dekan.
Bolok membawa maksud selekeh atau tidak sesuai dengan keadaan. Perkataan ini sering kali digunakan apabila seseorang itu memakai pakaian yang tidak sesuai dengan keadaan atau majlis yang dihadirinya. Saya juga baru mengetahui maksud perkataan ini yang berasal dari loghat masyarakat Kelantan. Selain maksud selekeh, kawan saya yang berasal dari Terengganu juga memberitahu bahawa bagi mereka perkataan bolok itu memberi maksud mengarut. Oleh itu, saya dapat lihat di sini bahawa kelainan negeri membawa maksud yang berbeza bagi sesuatu perkataan tersebut.
No comments:
Post a Comment