Masa yang ada pada hari ini, saya isi dengan melayari internet dan membuka laman sosial facebook. Terdapat pelbagai informas yang saya dapat dalam laman sosial ini. Contohnya, saya dapat mengetahui apa-apa yang berlaku di negeri saya, iaitu Kedah tanpa perlu untuk membaca surat khabar dan menonton televisyen. Sedang saya leka membaca status atau catatan yang ditulis oleh rakan saya dalam laman sosial ini, saya terbaca satu status yang menarik perhatian saya. saya telah mengambil sebagai contoh kesalahan penggunaan bahasa Melayu. status tersebut adalah seperti di atas. Kesalahannya ialah penggunaan dialek yang akan menyukarkan orang yang bukan menggunakan dialek yang sama dengannya untuk memahami ayat tersebut.
Jom kte bderak rayo ni. Kte tgl la hk mano xleh g 2 dh ssh sgt gak.Leh dop nk tgl mu nie.
Ayat di atas bermaksud pebulis sedang mengajak rakan-rakannya untuk keluar pada hari raya nanti. Penulis juga memberitahu esiapa yang tidak boleh ikut, mereka akan tinggalkan orang itu. Seterusnya, penulis menanyakan kepada rakannya itu sama ada boleh ke tidak untuk meninggalkannya jika dia tidak dapat keluar bersama-sama mereka yang lain.
Penggunaan dialek ini akan menyukarkan orang lain untuk memahami bahasa yang tersirat di sebalik perkataan dan ayat tersebut. Hal ini demikian kerana sesuatu perkataan itu tidak akan membawa maksud yang sama dalam pertuturan sesebuah negeri.
No comments:
Post a Comment