Cuaca pada pagi ini sangat baik setelah semalam hujan turun dengan sangat lebat. Keadaan di Tanjong Malim pada minggu ini tidak begitu baik kerana kerap kali hujan pada sebelah petang dan malam, tetapi pada waktu pagi panas yang terik sehingga tidak menyangka hujan akan turut.
Pada pagi ini, saya ada kelas Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu. Semasa di dalam kelas, pensyarah ada menceritakan serba sedikit tentang persidangan yang telah diadakan pada beberapa hari yang lepas. Beliau telah menanyakan kepada mahasiswa-mahasiwi nama kepada menteri besar yang tidak dapat hadir di persidangan itu kerana mempunyai urusan lain. Dengan pantas, kami menjawab Zambry tanpa memberikan rujukan kehormat kepadanya. Lastas, pensyarah pun menegur dan memberitahu bahawa kami sepatutnya memberi rujukan kehormat kepada beliau. Hal ini demikian kerana perkara ini merupakan kesopanan berbahasa, iaitu memberi hormat kepada sesiapa yang berjawatan lebih tinggi dan yang mempunyai gelaran tertentu. Terdapat susunan kata-kata sapaan yang dimulai dengan rujukan kehormat kepada gelaran yang disandang dan nama peribadi yang disapa.
No comments:
Post a Comment