Saturday, 29 September 2012

Diari 2



Jadual saya pada hari ini agak padat. Kelas saya bermula seawal 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 petang. Puan Marlini binti Idris merupakan seorang pensyarah bagi kursus Seni Mengarang pada semester ini. Beliau sering kali menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu baku perlulah digunakan oleh setiap individu terutama mahasiswa mahasiswi yang mengambil kursus pengajian bahasa Melayu. Tambahan itu, beliau menegaskan bahawa perjuangan bahasa Melayu perlulah tinggi supaya bahasa Melayu ini tidak diabaikan.
Semasa dalam kelas, dua orang rakan saya dari Terengganu telah bersembang. Dengan tidak sengaja, mereka bercakap dengan menggunakan dialek negeri Terengganu. Contohnya ialah “mu jangang wak nawok kat aku” yang bermaksud awak jangan menipu saya. Selain itu, saya juga terdengar mereka bercakap seperti ini “aku dok tahu starang baroh” yang bermaksud saya tidak tahu langsung.
Pensyarah terdengar perbualan mereka tersebut dan menegur perbuatan tersebut.  Beliau menyuruh mereka bercakap dalam bahasa Melayu tinggi dan tidak menggunakan dialek semasa di dalam kelas.
Dialek merupakan variasi bahasa. Antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam sesuatu bahasa terdapat perbezaan-perbezaannya. Dialek berbeza mengikut negeri masing-masing. Terdapat tiga jenis dialek iaitu, dialek sosial, dialek daerah dan dialek seketika. Penggunaan dialek akan mempengaruhi kurangnya penggunaan bahasa Melayu tinggi. Oleh itu, marilah bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment