Sunday 30 September 2012

Diari 3


Gambar di atas adalah salah satu contoh kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang saya temui di dalam laman sosial. Penggunaan dialek adalah kerap kali digunakan oleh kebanyakan golongan muda-mudi di laman sosial. Contoh di atas ialah seorang remaja yang menulis pada statusnya dengan menggunakan dialek utara. Penggunaan huruf q ketara dalam dialek utara ini untuk menggantikan huruf r. Selain itu, kita juga dapat lihat bahawa terdapatnya penggunaan singkatan perkataan yang ditulis. Antaranya ialah ‘p’ yang bermaksud pergi  dan ‘x’ yang bermaksud tidak.
            Seharusnya, penggunaan bahasa Melayu standard perlulah digunakan. Oleh itu, semua golongan masyarakat perlulah lebih teliti dan menekankan aspek-aspek bahasa semasa menulis sesuatu artikel atau hanya sekadar menulis status di laman sosial. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya dipandang tinggi oleh masyarakat yang menggunakan bahasa lain. 

No comments:

Post a Comment