Tuesday, 23 October 2012

Diari 18 : Rungutan

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum mahasiswa-mahasiswi balik ke kampung masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari ini saya berasa sangat letih kerana semalam saya tidak dapat melelapkan mata untuk menyiapkan beberapa tugasan yang perlu dihantar pada hari ini. Hari ini pula kelas saya agak padat kerana bermula dari pagi sampai ke petang.

           Setelah kelas pertama selesai, iaitu kursus Seni Mengarang selesai, saya keluar untuk makan terlebih dahulu sebelum bergerak ke kampus Sultan Azlan Syah kerana ada kelas Perkembangan Pelajar pada pukul 3.00 petang. Setelah makan, kami menunggu bas ke kampus itu. Tetapi bas itu belum ada sehingga terpaksa menunggu lebih daripada satu jam di situ. Kemungkinan bas yang disediakan pada hari ini hanya sebuah sahaja.

           Saya mendengar ramai yang menyungut kerana ketiadaan bas ini dan menyalahkan pemandu bas.  Hal ini demikian kerana mereka sudah lewat untuk ke kelas. Tindakan ini saya anggap sebagai tidak wajar dilakukan dan diperkatakan. Mereka tidak memikirkan pemandu bas yang hanya keseorangan berkerja untuk menghantar mahasiswa-mahasiswi ke kelas dan memerlukan masa untuknya rehat dan minum seketika. Mereka tidak mempunyai kesopanan semasa berbahasa kerana tidak memikirkan terlebih dahulu perasaan seorang pak cik, iaitu pemandu bas penat untuk berulang alik menghantar kami ke kelas dan berasa sedih apabila mendengar rungutan oleh mahasiswa-mahasiswi itu tadi. Mereka perlu mempunyai sikap berperikemanusiaan dan bertolak ansur kepada orang lain terutama orang yang lebih berusia.

No comments:

Post a Comment