Saturday 3 November 2012

Diari 23 : Iklan


Adakah ejaan di atas adalah betul? Ejaan pusat bandaraya itu tidak betul kerana sepatutnya perkataan bandaraya ditulis bandar raya. Perkataan bandar raya itu perlu dijauhkan bukannya dirapatkan. Perkataan bandar raya dieja sebagai dua perkataan. Perkataan ini merupakan kata majmuk yang berbentuk rangkai kata umum. Bandar raya bermaksud bandar yang besar dan mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau pon lebih.





Petang tadi saya keluar bersama-sama Lina untuk ke kedai di Pekan Jitra. Semasa berjalan-jalan di sana, saya terjumpa sebuah klinik dan saya terpaku dan kehairanan melihat papan tanda di klinik itu. Hal ini demikian kerana papan itu tertulis Kelinik Leong, bukannya Klinik Leong. Saya pon tertanya-tanya kenapa masih ada papan tanda yang menggunakan ejaan yang salah. Namun selepas berfikir sejenak, saya membuat rumusan sendiri dengan beranggapan pemilik klinik itu bukan orang Melayu dan mereka masih ingat ejaan tersebut lebih baku. Jika diteliti dari aspek hukum D-M, papan tanda tersebut sudah betul tetapi kesalahan ejaan mungkin tidak patut berlaku. Oleh itu, semua masyarakat perlulah lebih peka dan menitikberatkan tentang kesalahan ejaan supaya tidak berulang lagi kesalahan yang dibuat. 



No comments:

Post a Comment