Saturday 3 November 2012

Diari 24 : Mi dan kuetiau





Hujan lebat yang turun pada petang ini telah menghalang saya sekeluarga untuk pulang ke rumah dari pekan lebih awal. Oleh itu, kami terlebih dahulu pergi menjamu selera di Medan Selera Jitra yang mempunyai beberapa buah kedai makanan. Kedai-kedai tersebut  menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi berlauk, nasi kukus dan juga masakan panas. Kami telah memilih sebuah kedai ini untuk menjamu selera. Setelah memesan makanan, kami berbual-bual dan saya terpandang papan tanda kedai tersebut. Papan tanda itu mempunyai kesalahan ejaan bagi perkataan mee dan kueh tiaw. Kita sering kali menggunakan perkataan mee untuk menulis tetapi ejaan mee itu adalah salah dan perlu digantikan dengan perkataan mi. Manakala bagi perkataan kueh tiaw pula, ejaan yang betul ialah kuetiau. Saya telah mengambil gambar papan tanda itu, iaitu seperti di atas. Pemilik kedai makan itu perlulah lebih berhati-hati supayaa dapat mengelakkan kesalahan ejaan seperti di atas. 

No comments:

Post a Comment