Sebelum pulang ke Tanjung Malim, saya telah menemani ibu saya ke kedai runcit untuk membeli barang dapur dan sedikit ikan dan sayur. Pemilik kedai runcit itu ialah Pak Cik Lim. Dia telah membuka kedai itu sudah lama, hampir-hampir lapan tahun dan perniagaannya semakin berkembang kerana sikapnya yang ramah dan bertolak ansur. Setelah kami masuk ke dalam kedainya, Pak Cik Lim menegur kami dan memberitahu ikan kembung dan sayur-sayur masih segar kerana barau saja sampai.
Pak Cik Lim: Ikan kembung tu baru saja sampai. Ada olang baru hantar. Angkat la banyak. Boleh lu buat laksa. Murah-murah saja itu ikan.
Ibu: Berapa harga sekilo ikan kembung ni?
Pak Cik Lim: Satu kilo rm4 saja.. Lu mau berapa kilo?
Ibu: Bagi dua kilo saja la.
Pak Cik Lim: Lu tak da dengar berita kemalangan ka tadi? Dalam pukul 8.00 pagi tadi. Halim yang tinggal belakang rumah gua yang kemalangan tu.
Ibu: Saya ada dengar jugak tadi. Tapi saya tak tahu la siapa yang kemalangan tu.
Pak Cik Lim: Banyak terok la halim tu. Diapunya otak bersepah sepah atas jalan. Olang cakap besi tertusuk dia punya kepala. Dia mati dekat situ juga tadi.
Saya mendapati Pak Cik Lim menggunakan bahasa pasar ketika berbual dengan ibu saya. Hal ini demikian kerana Pak Cik Lim menggunakan bahasa Melayu tetapi dia pelat untuk bercakap dengan fasih. Bahasa pasar adalah bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu seperti Cina dan India. Bahasa pasar ini selalunya digunakan oleh masyarkat cina dan India ketika bercakap sesama mereka atau masyarakat Melayu. Bahasa ini dianggap sebagai variasi bahasa Melayu kerana tetap menggunakan bahasa Melayu semasa berbual.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.
Sosiolinguistik Bahasa Melayu
BAHASA ITU JIWA BANGSA
Saturday, 3 November 2012
Diari 24 : Mi dan kuetiau
Hujan lebat yang turun pada petang ini telah menghalang saya sekeluarga untuk pulang ke rumah dari pekan lebih awal. Oleh itu, kami terlebih dahulu pergi menjamu selera di Medan Selera Jitra yang mempunyai beberapa buah kedai makanan. Kedai-kedai tersebut menjual pelbagai jenis makanan seperti nasi berlauk, nasi kukus dan juga masakan panas. Kami telah memilih sebuah kedai ini untuk menjamu selera. Setelah memesan makanan, kami berbual-bual dan saya terpandang papan tanda kedai tersebut. Papan tanda itu mempunyai kesalahan ejaan bagi perkataan mee dan kueh tiaw. Kita sering kali menggunakan perkataan mee untuk menulis tetapi ejaan mee itu adalah salah dan perlu digantikan dengan perkataan mi. Manakala bagi perkataan kueh tiaw pula, ejaan yang betul ialah kuetiau. Saya telah mengambil gambar papan tanda itu, iaitu seperti di atas. Pemilik kedai makan itu perlulah lebih berhati-hati supayaa dapat mengelakkan kesalahan ejaan seperti di atas.
Diari 23 : Iklan
Adakah ejaan di atas adalah betul? Ejaan pusat bandaraya itu tidak betul kerana sepatutnya perkataan bandaraya ditulis bandar raya. Perkataan bandar raya itu perlu dijauhkan bukannya dirapatkan. Perkataan bandar raya dieja sebagai dua perkataan. Perkataan ini merupakan kata majmuk yang berbentuk rangkai kata umum. Bandar raya bermaksud bandar yang besar dan mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau pon lebih.
Petang tadi saya keluar bersama-sama Lina untuk ke kedai di Pekan Jitra. Semasa berjalan-jalan di sana, saya terjumpa sebuah klinik dan saya terpaku dan kehairanan melihat papan tanda di klinik itu. Hal ini demikian kerana papan itu tertulis Kelinik Leong, bukannya Klinik Leong. Saya pon tertanya-tanya kenapa masih ada papan tanda yang menggunakan ejaan yang salah. Namun selepas berfikir sejenak, saya membuat rumusan sendiri dengan beranggapan pemilik klinik itu bukan orang Melayu dan mereka masih ingat ejaan tersebut lebih baku. Jika diteliti dari aspek hukum D-M, papan tanda tersebut sudah betul tetapi kesalahan ejaan mungkin tidak patut berlaku. Oleh itu, semua masyarakat perlulah lebih peka dan menitikberatkan tentang kesalahan ejaan supaya tidak berulang lagi kesalahan yang dibuat.
Friday, 2 November 2012
Diari 22 : Lu, gua dan cikaro
Petang ini saya telah membawa rakan saya, iaitu Lina ke
panggung wayang kerana berasa bosan berada di rumah. Kami memilih filem Apa
Celop Toqqq sebagai filem untuk kami tontonkan kerana beranggapan filem ini seronok dan pelakonnya yang begitu hebat. Tiket yang dibeli untuk menonton filem itu tadi adalah pada pukul 5.10 petang.
Semasa menonton,
terdapat ramai orang yang katawa dengan jalan cerita ini yang lucu dan
berkomedi ini. Cerita ini mendapat sambutan kerana saya melihat
kerusi dipenuhi oleh orang ramai dan hanya terdapat beberapa kerusi sahaja yang
kosong. Selain itu, jalan cerita amat menghiburkan dan para penonton tidak berasa jemu dan tetap berada di kerusi masing-masing sehingga tamat ceritanya, iaitu kira-kira 1 jam 30 minit.
Saya
mendapati bahasa yang digunakan dalam cerita ini ialah bahasa slanga kerana mereka bercakap dengan menggunakan kata ganti
nama seperti lu dan gua. Selain itu, perkataan-perkataan lain yang diucapkan ialah cikaro yang bermaksud gadis. Terdapat banyak lagi bahasa slanga yang digunakan dalam filem Apa Celop Toqqq ini.
Secara umumnya, slanga menurut Kamus Dewan ialah kata-kata, ungkapan dan seumpamnya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi. slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard dan selalu berubah-ubah mengikut peredaran masa. Jenis bahasa ini sering digunakan oleh golongan remaja untuk berkomunikasi atau bertutur sesama mereka dan kadang-kadang hanya mereka yang memahami perkataan-perkataan tersebut.
Diari 21 : Biskut atau roti
Sekarang
adalah cuti pertengahan semester bagi mahasiswa-mahasiswi di UPSI. Cuti ini
juga adalah serentak dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam
di seluruh negara. Saya mengajak rakan saya yang berasal daripada Sabah untuk
mengikuti saya pulang ke kampung halaman dan dia bersetuju untuk mengikuti
saya.
Minum petang pada hari ini hanyalah
air teh dan biskut. Saya mempelawa rakan saya untuk makan bersama-sama. Di meja
makan, saya menyuruh rakan saya untuk makan roti. Dia kehairanan dan bertanya
saya pula di mana roti yang saya maksudkan lalu saya tunjukkan kepadanya biskut
di dalam piring. Dia mentertawakan saya
dan berkata itu biskut bukan roti. Saya terdiam atas kesilapan saya sebentar
tadi dan hanya tersenyum mengakui kesilapan yang saya lakukan.
Bagi saya, biskut dan roti digolongkan
dalam satu jenis dan menamakan kedua-duanya itu sebagai roti. Tetapi bagi
masyarakat luar sama ada daerah atau negeri yang berbeza mengkategorikan biskut
sebagai biskut dan roti sebagai roti. Perbezaan pandangan itu telah membuatkan
sesuatu masyarakat menimba pengalaman baru terhadap suatu masyarakat yang
mereka duduki walaupun hanya sekejap.
Monday, 29 October 2012
Diari 20: Iklan barangan kosmetik
Setelah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, saya melayari internet dan membuka laman sosial facebook. Leka dengan membaca catatan yang ditulis oleh rakan-rakan saya di laman sosial facebook mereka, saya terlihat satu iklan barangan kosmetik. Iklan tersebut adalah seperti di atas. Saya telah mengambil gambar iklan tersebut untuk dijadikan bukti kesalahan bahasa yang dilakukan.
Iklan tersebut adalah mengenai jualan barangan kosmetik. Iklan ini menggunakan pencampuran kod, iaitu bahasa kedua telah digunakan dalam penggunaan bahasa pertama, iaitu bahasa Melayu. Bahasa Inggeris yang digunakan ialah must have sepatutnya ditukarkan dalam bahasa Melayu, iaitu perlu dapatkan. Pencampuran kod ini sepatutnya tidak digunakan kerana semua orang boleh memahami perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Tidak semestinya perkataan tersebut perlu ditulis dalam bahasa Inggeris, barulah orang lain akan faham. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana akan mencemarkan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, iklan yang disiarkan perlulah diperiksa terlebih dahulu supaya dapat mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan tidak mengandungi bahasa kedua dalam sesuatu iklan yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Tuesday, 23 October 2012
Diari 19: Nasi Tupe
Apakah itu nasi tupe atau nasi tumpang? Hari ini merupakan kali pertama saya mendengar gelaran itu dan sebelum ini saya tidak pernah melihat dan merasai keenakan makanan tradisional ini. Nasi tupe atau nasi tumpang ini merupakan makanan tradisional dari negeri Kelantan yang berlapis-lapis dengan pelbagai jenis lauk, iaitu sambal ikan, gulai udang dan sebagainya. Saya mendapat tahu mengenai makanan ini semasa dalam kelas Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar, kumpulan pembentang hari ini telah memperkenalkan tentang makanan tradisional ini. Pensyarah kursus ini, iaitu Dr. Ramlah bin Jantan mengarahkan kami membuat tugasan mengenai tajuk yang kami pilih dan setelah itu memilih salah satu makanan tradisional dan menerangkan serba sedikit tentang makanan tradisional itu. Saya merasakan bahawa idea ini amat bernas kerana dapat membantu masyarakat yang berada di negeri lain juga tahu mengenai makanan tradisonal sesuatu negeri itu, bukan hanya tertumpu kepada sesebuah negeri sahaja.
Oleh itu, kumpulan ketiga ini membentangkan tentang cara menyediakan nasi tupe. Mereka juga memberitahu bahawa nasi tupe ini juga dipanggil sebagai nasi tumpang oleh sesetengah masyarakat seperti orang yang beasal dari Terengganu. Makanan yang sama tetapi nama gelarannya itu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat. Mereka juga memberitahu makanan ini sudah tidak diketahui oleh masyarakat sekarang di Kelantan. Saya rasa tidak wajar makanan tradisional ini lupus begitu sahaja dek zaman yang semakin membangun ini kerana makanan ini perlu berterusan supaya akan tetap menjadi keunggulan dan berterusan sampai generasi-generasi yang seterusnya.
Setelah balik dari kelas, saya menanyakan kepada kawan serumah sama ada dia mengetahui tentang nasi tupe ini. Dia memberitahu saya dia tidak tahu makanan tersebut padahal dia merupakan orang yang berasal dari Kelantan. Ini dapat membuktikan bahawa nasi tupe ini sudah semakin dilupai dan generasi-generasi baru sudah tidak mengetahui tentang keenakannya makanan tradisional ii, iaitu nasi tupe. Pada suatu hari nanti, saya mahu pergi ke Kelantan dan merasai akan keenakkan nasi tupe yang berlapis-lapis dengan pelbagai jenis lauk ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)