Monday 1 October 2012

Diari 5

Semasa saya menunggu bas ke Kolej Za'ba dari Kampus Sultan Azlan Syah, saya melihat gerak-geri empat orang rakan yang sedang duduk di situ. Saya berada bersebelahan dengan mereka di kerusi tersebut dan terdengar seorang rakan mereka sedang mengeluh dan menceritakan kepada rakan-rakannya yang lain.
    
            Semasa rakan tersebut mencerita masalahnya, salah seorang daripada mereka tidak menumpukan perhatian dan dengan sikap acuh tidak acuh melayan rakannya itu. Selain itu, rakan tadi juga kerap kali melihat telefon bimbitnya dan tidak menumpukan perhatian yang serius terhadap permasalah yang diceritakan. Manakala, dua orang yang lain mendengar cerita rakannya itu dan cuba menenangkan supaya lebih kuat menerima dugaan dan sabar dalam menempuh cabaran tersebut. 

            Konklusinya, rakan tadi sepatutnya lebih serius dan mendengar masalah rakannya itu. Hal ini dapat dikaitkan dengan kesantunan berbahasa. Apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan berbahasa? Dalam konteks yang lebih luas, kesantunan tidak hanya menumpukan kepada kesantunan berbahasa, tetapi juga merujuk kepada tingkah laku, mimik muka dan nada suara. Kesantunan berbahasa pula ialah penggunaan bahasa yang menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung.

No comments:

Post a Comment