Saturday 6 October 2012

Diari 8

Setelah selesai kelas Briged Bomba dan Penyelamat, saya terlebih dahulu pergi ke pekan untuk menjamu selera di Kentucky Fried Chicken (KFC) bersama seorang rakan. Kami terus balik ke rumah selepas makan. Saya telah membuka laman sosial facebook dan memetik satu catatan yang ditulis oleh rakan saya. Catatan atau status yang ditulis amat menarik kepada saya kerana ayat tersebut mempunyai kata ganti nama berdasarkan dialek utara. Apakah maksud kata ganti nama? Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan nama orang, nama tempat,  dan nama benda. Kata ganti nama yang saya jumpa dalam satus rakan saya ialah kata ganti nama 'hang'  yang bermaksud kamu dalam bahasa Melayu standard. Selain itu, terdapat kesalahan   lain yang ditulis oleh rakan saya tadi seperti singkatan perkataan. Penggunaan singkatan perkataan perlulah dielakkan supaya dapat mengekalkan bahasa Melayu yang baku dan dapat menerapkan dalam diri individu supaya lebih peka dalam menulis apa-apa jenis penulisan terutamanya kepada remaja.   .'

No comments:

Post a Comment