Wednesday 3 October 2012

Diari 7

Pada awal pagi tadi, saya membaca surat khabar Utusan Malaysia. Saya tertarik dengan kartun yang dipaparkan di bahagian hadapan surat khabar tersebut. Hal ini demikian kerana saya mendapati ayat yang digunakan mempunyai kesalahan penggunaan imbuhan dalam kata kerja. Saya telah lampirkan lampiran kartun tersebut di atas. Kata dasar dapat perlu menerima imbuhan awalan, iaitu  men- untuk membentuk awalan kata kerja.

                Surat khabar merupakan media yang sangat penting kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pihak penerbit dan pengeditan perlulah lebih peka kerana walaupun hanya sedikit kesalahan yang dilakukan tetapi akan menyebabkan impak yang besar kepada pengguasaan bahasa oleh masyarakat. Walaupun hanya pada bahagian kartun tetapi akan meberi kesan kepada pembaca terutamanya kanak-kanak kerana menganggap penggunaan tatabahasa itu tepat.

No comments:

Post a Comment