Tuesday 2 October 2012

Diari 6

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk mahasiswa mahasiswi untuk menggugurkan kursus yang mereka ambil dalam semester ini. Pada awal pagi tadi, saya dan seorang rakan pergi ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk menguruskan gugur salah satu kursus yang kami ambil pada semester ini. Semasa di kaunter pertanyaan, rakan saya telah memanggil staf yang bertugas dengan panggilan kak.

   Rakan : Kak, saya nak ambil borang gugur kursus.

           Kata sapaan yang digunakan oleh rakan saya itu perlu digantikan dengan kata sapaan puan. Hal ini demikian kerana panggilan puan merupakan panggilan yang digunakan oleh penutur pertama terhadap seseorang yang sama status atau orang yang lebih tinggi statusnya, sama ada baharu dikenali atau sudah lama dikenali. Selain itu, panggilan puan juga digunakan kepada wanita yang sudah berkahwin.

No comments:

Post a Comment